Friday, September 12, 2008

HARI KELIMA

perhimpunan pada hari jumaat
TARIKH : 12 SEPTEMBER 2008
HARI : JUMAAT

Jadual Kelas :
9.30 – 10.00 pagi : 5P
10.50 -11.20 pagi : 2P
11.50 – 12.20 pagi : 4P

Pada hari ini saya rasa bersemangat untuk pergi ke sekolah lebih awal kerana pada hari ini saya tidak sabar rasa untuk pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan. Tiga komputer yang tidak boleh digunakan masih belum dibaiki lagi. Penyelaras Bilik Akses memberitahu mungkin komputer itu akan dibaiki pada minggu hadapan. Kami berharap supaya komputer itu boleh digunakan pada minggu hadapan. Oleh itu kami menghadapi masalah untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran kerana jumlah murid yang ramai tetapi komputer semakin berkurang.


Pada awal pagi sekolah ini menjalankan perhimpunan pagi Jumaat. Saya berpendapat hanya sekolah SK sahaja yang mengadakan perhimpunan setiap hari Jumaat untuk membuat tazkirah agama dan bacaan yasin. Mungkin perhimpunan ini diadakan untuk menyampaikan maklumat penting kepada murid. Guru bertugas membuat pengumuman bahawa pada minggu hadapan akan diadakan Program Minggu Bestari. Pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan.
Sebenarnya di sekolah ini ada talian internet, tetapi sepanjang kami berada di sini talian internert menghadapi masalah dan tidak dapat digunakan. Tetapi pada hari ini talian internet boleh digunakan. Ini memudahkan saya dapat menyiapkan jurnal harian sepanjang praktikum ini.
Mengikut jadual hari ini terdapat kelas tetapi murid tidak masuk ke dalam bilik Akses. Jadi kami tidak menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada awal pagi saya mula menyiapkan jurnal harian selama seminggu. Saya menghadapi masalah untuk membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah kerana lactop saya rosak. Hanya di sekolah sahajalah tempat untuk saya gunakan untuk menyiapkan tugasan dengan menggunakan kemudahan komputer yang terdapat di sekolah. Jadi saya hanya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. sekian terima kasih

No comments: