Pintu masuk ke SJK(T) Melaka (Kubu)
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2008
HARI : ISNIN
Jadual Kelas :
9.30 – 10.00 pagi : 2C
11.20 -11.50 pagi : 3C
11.50 – 12.20 pagi : 4C
12.50 – 1.20 ptg : 3P
Hari pertama aku melangkahkan kaki sekolah tempat aku memulakan praktikum iaitu di SJK(T) Melaka Kubu. Aku terus berjumpa dengan guru besar untuk memaklumkan bahawa kami bertiga menjalani praktikum di sekolah ini. Kami menjalani praktikum selama dua minggu sebagai guru teknologi maklumat dan komunikasi. Kami memberi maklumat pihak Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka mengarahkan kami untuk memberitahu pihak sekolah. Semasa kami menjalani praktikum ini kami boleh diberi tugas untuk mengajar guru atau murid dalam bidang komputer mengikut keperluan sekolah.
Saya rasa ini adalah satu pengalaman baru pada saya menjalani praktikum di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Semasa perhimpunan banyak bahasa yang sukar untuk saya fahami segala maklumat yang disampaikan saya bertanya kepada kawan yang sama berpraktikum untuk menerangkan apakah maksud maklumat yang disampaikan dalam perhimpunan itu tadi. Guru besar memanggil kami untuk memperkenalkan diri. Semasa memperkenalkan diri saya berasa terlalu kekok apabila bercakap di hadapan semua murid dan guru kerana semuanya berbangsa tamil. Inilah pengalaman kali pertama saya berada di sekolah yang berbansga asing. Pengalaman ini tidak dapat saya lupakan.
Mula-mula kami dibawa masuk ke dalam bilik akses yang mempunyai ruang terlalu sempit untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemudian kami pergi ke bilik makmal komputer untuk melihat keadaan komputer yang digunakan di situ. Kami diberi jadual waktu untuk mengajar murid mengikut kelas pada hari itu. Masalah yang kami hadapi kebanyakan komputer yang terdapat di dalam makmal itu tidak semuanya boleh digunakan. Tetapi hanya sebilangan sahaja komputer yang boleh digunakan.
Ada juga komputer yang tidak terdapat program asas yang lengkap untuk digunakan yang kami ingin ajar kepada murid. Saya menghasilkan nota berbentuk powerpoint untuk digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Saya mencari LCD untuk di pasang dan dipaparkan kepada kelas untuk digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal komputer. Tetapi kami menghadapi masalah untuk memasangkan LCD itu sehingga habis waktu persekolahan.
Apabila LCD tidak dapat berfungsi kami membahagikan kelas kepada tiga kumpulan untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada murid 3 kelas yang awal saya memperkenalkan diri saya dahulu kepada murid. Saya lebih fokus memperkenalkan kepada murid komponen asas komputer dan cara membuka, menutup serta menggunakan komputer dengan betul. Pada murid kelas 3P gurunya meminta kami mengajar menggunakan powerpoint dan cara untuk membuat trantition slide. Pada keseluruhannya sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu berjalan dengan baik dan lancar.

No comments:
Post a Comment