sebelum masuk ke dalam dewan untuk menghadapi UPSR
TARIKH : 9 SEPTEMBER 2008
HARI : SELASA
Jadual Kelas :
8.30 – 9.00 pagi : 5P
9.30 -10.00 pagi : 3C
12.20 – 12.50 pagi : 2P
12.50 – 1.20 ptg : 3U
Pada hari kedua saya memulakan praktikum saya rasa lebih bersemangat. Pada hari ini Peperiksaan UPSR bermula, pada awal pagi semua guru memberi restu dengan bersalam dengan semua guru sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Kami ikut serta bersama menyertai aktiviti itu.
Pada hari pertama kami menggunakan makmal komputer, tetapi pada hari kedua kami tidak dibenarkan untuk menggunakan makmal komputer kerana makmal itu terletak pada bangunan peperiksaan UPSR sedang dijalankan kerana mengganggu kosenterasi murid-murid yang sedang menjalani peperiksaan. Jadi kami hanya mengajar di bilik akses sahaja. Pada waktu pertama kami membantu guru yang mengajar murid 3P membuat powerpoint salah satu projek bestari.
Apabila murid-murid mendapat sesuatu yang baru mereka rasa lebih menyeronokkan. Apabila saya mengajar murid yang lemah mereka merasa sungguh seronok dapat pengetahuan yang baru mereka alami. Tetapi bagi murid yang pandai mereka lebih berminat untuk belajar perkara yang lebih advanced lagi.
Di dalam bilik yang kecil dengan bilangan komputer yang sedikit tidak sesuai untuk mengajar komputer kerana murid tidak dapat menggunakan komputer secara seorang demi seorang. Jadi ada murid yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya. Jumlah murid ada yang mencapai 43 orang sedangkan hanya 9 buah komputer sahaja yang boleh digunakan. Murid terpaksa dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat kerja.
Pada awal pagi saya bersama kawan saya membuat lawatan sosial mengambil gambar persekitaran sekolah ini untuk mendapatkan bahan bagi menghasilkan CD korporat untuk sekolah. Kami pergi ke pejabat untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan sekolah.
Pada murid tahun 5P kami memberi mereka tugasan untuk menghasilkan sebuah karangan bebas menggunakan Microsoft word. Mereka membuat tugasan secara berkumpulan setiap murid memberi pelbagai idea untuk menghasilkan sebuah karangan. Dalam Microsoft word mereka bebas untuk menghasilkan pelbagai bentuk tulisan, warna tulisan dengan membuat border dan background yang menarik. Bagi murid tahap satu kami membahagikan kepada tiga kumpulan. Saya mengajar mereka menaip nama sekolah, kelas dan nama pelajar itu sendiri di dalam Microsoft Word serta memasukkan gambar serta warna, bentuk tulisan serta background yang menarik di dalam hasil kerja mereka. Mereka rasa sungguh seronok mungkin ini adalah pengetahuan yang baru bagi mereka.
Apabila saya menjalani praktikum seperti ini saya mendapat satu idea yang boleh saya gunakan apabila saya kembali ke sekolah saya semula nanti. Selepas habis tamat kursus ini. Saya ingin membuat jadual kelas belajar menggunakan komputer untuk murid di sekolah saya nanti.
Pada keseluruhan murid di sekolah ini berada dalam keadaan berdisiplin. Kerana apabila mereka lalu dihadapan saya mereka memberi hormat. Ada juga pelajar yang memanggil saya dengan panggilan kakak tetapi saya memperbetulkan panggilan mereka dengan memanggil cikgu
Pada keseluruhan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berada dalam keadaan baik dan lancar. Tapi saya merasa terlalu letih dan penat kerana mengajar murid yang berada di tahap satu. Bila murid terlalu ramai yang masuk ke dalam bilik yang terlalu kecil dengan keadaan yang bising membuat saya kurang selesa.

No comments:
Post a Comment