Bangunan sekolah SJK (T) Melaka (Kubu)
TARIKH : 19 SEPTEMBER 2008
HARI : JUMAAT
Pada hari sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan seperti biasa. Kami membimbing murid menghabiskan tugasan mereka. Kami mengajar mereka cara untuk menyimpan hasil tugasan yang telah diedit untuk kali terakhir. Seterusnya kami mengajar mereka mencetak hasil tugasan mereka menggunakan printer yang sedia ada di sekolah.
Kami menyambung tugasan kami dengan memasukkan lagu yang sesuai dalam CD korporat. Seterusnya, kami mengedit hasil cd itu untuk kali terakhir sebelum di pakejkan dalam satu cd. Kami menyerahkan cd yang telah kami hasilkan kepada guru besar. Guru besar mengucapkan terima kasih kepada kami di atas segala hasil usaha yang telah kami laksanakan sepanjang kami menjalani praktikum di sekolah ini.
Pada hari ini juga saya memasukkan segala maklumat yang berkaitan dengan sekolah serta membuat jurnal harian ke dalam blog. Hari ini adalah hari terakhir kami menjalani praktikum untuk kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi di sekolah ini. Sebelum kami menamatkan sesi praktikum kami berjumpa dengan guru-guru dan guru besar untuk mengucapkan terima kasih kerana memberi kerjasama yang sepenuhnya semasa kami menjalani prakikum di sekolah ini. Ini adalah satu pengalaman baru dalam hidup saya mengajar di sekolah Tamil.