Pada 4 januari 2010 bermula lah tugas saya sebagai seorang guru kelas tahun 4 sopan di SK Kampung Baru Si Rusa Port Dickson Negeri Sembilan. Pada tahun ni saya memang tugas pengerusi persatuan agama islam, penyelaras 3k, ajk tandas, guru penasihat rumah kuning, guru penasihat unit beruniform pengakap dan guru penasihat bola sepak.
Bermula hujung tahun 2009 hinggalah awal tahun 2010 keadaan kesihatan saya tidak berapa stabil. Saya tak pasti sama ada saya pregnant atau ada penyakit lain. saya belum menjalankan pemeriksaan di hospital atau klinik lagi. saya cuma pergi berurut refleksi kaki.
Kesibukan menjalankan tugas di sekolah pada awal tahun baru ini. Selain itu sibuk menguruskan kes kemalangan yang berlaku. Kereta baru saja hantar ke bengkel untuk dibaiki. Mungkin minggu kedua ni saya pergi ke sekolah menaiki motor atau menumpang kawan.
Saturday, January 9, 2010
peristiwa
Tanggal 31 disember 2009 ada memory yang tak dapat dilupakan dalam hidup iaitu penghujung tahun. Pada tarikh itu lebih kurang jam 1 petang ketika pulang dari sekolah kerana mengutip yuran sekolah berlaku lah satu kemalangan antara sebuah kereta dengan sebuah motosikal. kemalangan itu berlaku di persimpangan untuk masuk ke rumah. Keadaan membimbangkan saya kerana pemandu motosikal itu terus pengsan. ini lah dugaan yang saya hadapi hujung tahun 2009.
Monday, December 7, 2009
TAHUN 2009
Dapat pindah sekolah baru, dok pindah rumah sewa baru, kawan2 yang baru, jiran baru, dan dapat teman hidup yang baru, tapi belum dapat org baru lagi. Sekarang ni mengajar di sk kg baru si rusa, menetap di tmn intan duyung di kg baru, PortDickson. Sesiapa yang datang bercuti ke Port Dickson bolehlah singgah dirumah saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)